RPH & Refleksi

Mata pelajaran            :           Bahasa Malaysia
Kelas                           :           2M
Tarikh                          :           14.10.2011
Masa                           :           08.30 – 09.00
Bilangan murid            :           30 murid
Bidang pelajaran         :           Buluh Pelbagai Guna
Objektif pembelajaran :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1.    menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara.
2.    membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar.
3.    menulis perkataan atau frasa berdasarkan gambar dalam lembaran kerja.
Hasil pembelajaran     :          
Mendengar & Bertutur
·         Mendengar pendapat dengan teliti untuk memahami tajuk.
·         Memberikan pandangan tentang tajuk yang dibincangkan secara bertatasusila
Membaca
·         Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar.
Menulis
·         Menulis perkataan atau frasa berdasarkan gambar.
Sistem bahasa  :    Tatabahasa – Kata nama am            
Kosa kata – seruling, lemang, angklung, perabot, serkap, bubu, rakit, pondok, penyebit makanan
Pengisian Kurikulum   :           Ilmu – Kajian Tempatan, Muzik
                                                Nilai – Mencintai Alam
                                                KBT – KB :Menghubungkait    
                                                      BCB    :Perbincangan            
                                                      TKP     :Naturalis Muzik
Bahan bantu mengajar   :       Gambar, kad ayat, kad perkataan, CD, pemain CD, lirik “Lagu Buluh”, lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada  :       Murid telah mengetahui bahawa rebung ialah anak buluh.   
Aktiviti P&P:
1.    Set induksi : Aktiviti Teka-Teki
·         Guru menampal gambar bertanda tanya pada papan.
·         Guru minta murid meneka gambar di belakang tanta tanya dengan memberi beberapa panduan.

2.    Langkah 1 : Aktiviti Menyanyi
·         Guru memberi lirik lagu kepada semua murid.
·         Guru memberi masa untuk murid membaca lirik lagu.
·         Guru membimbing murid menyanyi “lagu buluh”.
·         Guru memberitahu murid bahawa lirik lagu mengandungi kegunaan buluh yang akan 
           diajar.

3.    Langkah 2 : Aktiviti Mengenali Kegunaan Buluh
·         Guru menerang kegunaan buluh dengan mempamerkan gambar dan kad perkataan.
·         Guru berbincang dengan murid tentang kegunaan buluh.

4.    Langkah Perukuhan : Lembaran Kerja & permainan “Mencari Kawan”
·         Guru memberi lembaran kerja kepada semua murid.
·         Guru minta murid melengkapkan lembaran kerja berdasarkan pengajaran tadi.
·         Guru menggunakan aktiviti mencari kawan untuk membimbing murid mendapat jawapan.

5.    Penutup : Kerja rumah dan aktiviti menyanyi
·         Guru minta murid mencari barang buatan buluh dalam lagu tersebut sebagai kerja rumah.
·         Guru membimbing murid menyanyi lagu sebagai penutup.


Refleksi pengajaran
 a)    Sebelum
Sebelum menjalankan makropengajaran, saya berasa amat risau. Hal ini kerana saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan untuk membuat rakaman pengajaran ini. Namun, selepas berbincang bersama rakan sejawat yang berpengalaman, mereka telah memberi banyak idea dan tunjuk ajar kepada saya semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran  serta cara-cara penyediaan alat bantu mengajar yang sesuai dengan tajuk pengajaran saya untuk rakaman pengajaran makro.
b)    Semasa
            Set induksi
Aktiviti set induksi yang saya rancang ialah teka-teki. Saya menyediakan satu gambar yang tutup dengan tanda tanya dan letakkannya pada papan putih sebelum pengajaran. Langkah ini berguna untuk menimbul rasa ingin tahu di kalangan murid tentang apa yang ada di belakang tanda tanya itu. Saya memberi beberapa panduan untuk membimbing murid meneka kandungan gambar tersebut. Sebanyak 4 panduan disediakan, tetapi semasa saya memberi panduan kedua, sudah ada murid yang dapat meneka kandungan gambar itu. Mungkin panduan yang saya beri terlalu mudah. Namun, saya tidak membuka tanda tanya itu, saya terus memberi panduan dan berbincang dengan murid sama ada panduan ini berkaitan dengan jawapan tersebut atau tidak. Selepas memberi panduan, saya membuka tanda tanya itu. Murid tersebut memberi jawapan yang betul. Saya membimbing murid membaca panduan sekali lagi dan berbincang dengan mereka adakah pernyataan itu berkaitan dengan tajuk kami pada hari itu, iaitu “Buluh”. Set induksi tersebut berjaya menimbulkan naluri ingin tahu pada murid lalu dapat menarik perhatian para murid terhadap pembelajaran hari ini. Berikut adalah rakaman set induksi saya.
  
Langkah 1
Langkah 1 saya ialah aktiviti menyanyi. Saya menggunakan aktiviti menyanyi untuk memperkenalkan isi kandungan pembelajaran hari itu. Lagu yang dinyanyi dalam langkah ini ialah “Lagu Buluh”. Lirik lagu ini ialah hasilan saya berdasarkan buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2, Unit 12, Buluh Pelbagai Guna. Muzik untuk lagu ini ialah sebuah lagu pengakap yang bernama “Angkat Tangan Kanan”. Saya memilih aktiviti menyanyi untuk memperkenalkan isi kandungan pembelajaran kerana murid kelas tersebut sangat suka menyanyi. Untuk meningkatkan keinginan belajar mereka terhadap pengajaran saya, saya menggunakan lagu sebagai kunci pembelajaran hari itu. “Lagu Buluh” yang saya hasil itu menyatakan barang buatan buluh yang saya ingin mengajar pada hari itu.  Saya membimbing murid menyanyi lagu tersebut satu ayat demi satu ayat. Murid berminat untuk menyanyi, jadi mereka belajar cara menyanyi bersama saya. Selepas pengajaran untuk menyanyi, saya membuka muzik dengan menggunakan pemain CD. Mereka berasa seronok semasa menyanyi lagu tersebut.
Langkah 2
Saya memperkenalkan barang buatan buluh dengan menunjukkan gambar dan perkataan. Saya juga berbincang tentang kegunaan buluh bersama murid-murid. Gambar barang buatan yang saya kemukakan kepada murid termasuk pondok, perabot, rakit, seruling, bakul, penyebit makanan, lidi sate dan lemang. Gambar barang yang saya tunjukkan berwarna-warni. Hal ini dapat menarik perhatian mereka terhadap pengajaran saya. Murid-murid amat suka gambar yang saya sediakan. Selepas memperkenalkan barang tersebut, saya minta murid baca semula untuk menambah peringatan mereka terhadap barang-barang itu. Langkah ini memerlukan murid memberi tumpuan kepada barang buatan buluh, jadi di samping menunjukkan gambar dan perkataan, saya berbincang sedikit tentang barang tersebut untuk pengetahuan mereka. Mereka berasa seronok apabila diberi peluang untuk memberikan pendapatnya.
Langkah pengukuhan
Langkah pengukuhan saya ialah membuat lembaran kerja. Saya membekalkan lembaran kerja yang berkaitan dengan pengajaran saya kepada murid saya. Murid-murid diminta menulis nama barang buatan buluh pada lembaran kerja yang disediakan. Semasa murid membuat lembaran kerja, saya berjalan-jalan dari sini ke sana untuk memberi bantuan kepada mereka yang tidak dapat melakukan kerja sendiri. Saya menurunkan gambar dan perkataan yang ada pada papan putih untuk menyediakan aktiviti seterusnya, iaitu permainan “Mencari Kawan”. Untuk menjalankan permainan ini, saya memisahkan gambar dengan perkataan dan memberikannya kepada beberapa murid. Murid yang dapat gambar diminta keluar dahulu. Mereka berdiri di depan dan menunggu kawannya datang. Murid yang dapat perkataan diminta keluar semasa gambar yang berkenaan disebut oleh guru. Murid yang lain merupakan pemeriksa, mereka perlu memeriksa bahawa kawan yang muncul itu betul atau salah. Anggapan saya sangat sempurna, tetapi semasa menjalankannya, keadaan adalah huru hara. Hal ini menunjukkan bahawa kemahiran pengurusan kelas saya masih perlu dipertingkatkan lagi. Walau bagaimanapun, permainan “Mencari Kawan” dijalankan dengan lancar tetapi bising. Saya memaparkan “kawan” yang berjaya menjadi pasangan semula pada papan putih. Kemudian, saya meminta mereka membaca semua perkataan sekali lagi.
Penutup
Fasa penutup saya ialah menyanyi lagu semula. Saya memberi kerja rumah dahulu, iaitu minta murid mencari nama barang mereka belajar pada hari ini dalam lirik lagu tersebut. Seterusnya, saya minta murid menyanyi “Lagu Buluh” dengan iringan muzik. Kali ini saya mendapati bahawa mereka boleh menyanyi lagu itu dengan lebih lancar dan baik. Di sini menimbul rasa berjaya bagi saya, mungkin ada murid yang lemah tidak boleh menamakan barang buluh berdasarkan gambar sahaja, tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh menyebut namanya semasa melihat perkataanya.
c)    Selepas
Selepas menonton rakaman saya, saya mengetahui bahawa kemahiran pengurusan masa dan pengurusan kelas saya masih perlu dipertingkatkan lagi. Walaupun saya dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang seperti dalam rancangan pengajaran harian, tetapi tempoh masa hampir 40 minit, nasib baik waktu saya pada hari itu ada satu jam, sekiranya tidak, saya telah menganggu pengajaran guru lain. Pengurusan kelas semasa menjalankan aktiviti permainan juga perlu dipertingkatkan kerana terdapat segelintir murid membuat bising semasa aktiviti dijalankan.
Namun, secara keseluruhannya, objektif pembelajaran hari ini telah mencapai. Murid-murid dapat menamakan barang buatan buluh dan menyanyi “Lagu Buluh”. Mereka juga memahami dan dapat menulis nama barang buatan buluh yang biasa jumpa dalam kehidupan harian mereka. Sekiranya memberi peluang kepada saya untuk menjalankan pembelajaran hari itu sekali lagi, saya akan membaiki kelemahan saya yang ada untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya. Sebenarnya, penggunaan barang buatan buluh yang sebenarnya adalah lebih baik jika berbanding dengan gambar. Namun, saya tidak dapat mencari semua barang yang saya ingin ajar, jadi saya pilih gambar untuk ditunjukkan kepada murid.
Selepas pelaksanaan makropengajaran, saya berasa kemahiran yang saya pilih itu bersesuaian dengan tajuk pengajaran saya. Saya juga sedar bahawa kaedah pengajaran yang pelbagai menimbulkan suasana pengajaran yang lebih berkesan dan afektif untuk pelajar. Kaedah pengajaran yang pelbagai juga dapat menarik minat pelajar dan menjadikan mereka begitu aktif dan bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka.

KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan makropengajaran ialah ketegasan dan kelantangan suara saya. Suara yang lantang ini  telah memudahkan anak murid saya mendengar dan seterusnya membantu pemahaman mereka  terhadap apa yang telah saya sampaikan. Anak murid saya telah memberi tumpuan dan fokus  dengan sepenuhya semasa saya mengajar di hadapan.
Di samping itu, saya juga menggunakan gambar-gambar yang berwarna-warni sebagai alat bantu mengajar semasa P & P dijalankan dalam kelas. Kaedah ini telah berjaya menarik minat belajar mereka. Saya berasa amat berpuas hati kerana para pelajar melibatkan diri dengan aktif dan memberi respon yang baik semasa saya mengajar di dalam kelas. Komunikasi secara dua hala ini telah menjayakan P & P saya.
Permainan “Mencari Kawan” jugalah satu aktiviti yang menarik perhatian murid. Semua murid dapat menyertai permainan tersebut. Permainan ini juga dapat menambah peringatan mereka terhadap nama barang buatan buluh dengan gambar yang berkenaan. Lembaran kerja yang berkenaan dengan isi kandungan pelajaran juga membantu mengukuhkan peringatan murid terhadap pembelajaran hari itu.
Seperkara lagi, “Lagu Buluh” yang saya hasilkan itu juga menarik perhatian murid terhadap pengajaran saya. Lirik lagu tersebut memperkenalkan barang buatan buluh yang mereka perlu belajar pada hari itu. Saya mendapati bahawa lagu tersebut membolehkan mereka menyebut nama-nama barang buatan buluh yang saya tunjukkan dengan gambar.
           
KELEMAHAN
Kelemahan yang saya kenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makropengajaran ini ialah pengurusan masa. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang saya gunakan untuk menjalankan langkah pengajaran tidak seiring. Masa yang saya gunakan di luar jangkaan, RPH yang saya rancang ialah 30 minit, tetapi saya menggunakan hampir 40 minit. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan aktiviti P & P. Sebenarnya, saya perlu berusaha meningkatkan teknik pengurusan kelas saya. Terdapat beberapa murid membuat bising semasa saya mengajar. Saya perlu memikir cara untuk mengawal disiplin mereka.
Selain itu, lirik lagu yang saya hasil itu adalah panjang bagi murid Tahun 2. Sebahagian daripada murid tidak dapat mengikut pengajaran saya kerana lirik yang panjang itu, hal ini mungkin menghilangkan keinginan belajar mereka terhadap pengajaran saya. Muzik yang saya gunakan terlalu pendek, hanya dapat menyanyi perenggan pertama, perenggan kedua perlu menunggu lagu itu mengulang, hal ini membazir sedikit masa. Tambahan pula, lirik lagu yang saya sediakan hanya dalam kertas sahaja, sekiranya saya memaparkannya dengan kertas mahjong, perhatian murid akan lebih menumpu.
           
PENAMBAHBAIKAN
Setiap kelemahan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam tugasan makropengajaran, penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Saya akan cuba menepati ketetapan masa yang ditentukan dalam RPH bagi melancarkan P & P saya. Hal ini juga akan memudahkan saya untuk  menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
            Selain itu, Saya akan sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika P&P dijalankan. Kaedah  pengajaran ini akan  membantu saya  dalam mengawal disiplin  murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta-merta semasa P & P dijalankan dalam kelas.
           Semasa menyediakan bahan bantu mengajar, saya akan lebih memikir tentang tahap pengetahuan murid supaya tidak menghasilkan bahan yang tidak dapat bantu mengajar. Saya juga akan merancang pelbagai aktiviti P & P yang lebih menarik dan menyediakan pelbagai aktiviti serta alat bantu mengajar yang lebih kreatif untuk menarik dan memupuk minat belajar anak murid saya terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Seperkara lagi, penggunaan teknologi maklumat juga dapat akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya. Sekiranya sekolah mempunyai kemudahan yang lengkap di setiap bilik darjah, saya akan cuba menyediakan isi kandungan pembelajaran saya dengan menggunakan perisian PowerPoint*. Persembahan powerpoint untuk menerangkan isi kandungan pembelajaran boleh menambah minat dan menumpu perhatian murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian, murid-murid akan tertarik dengan animasi yang bergerak,visual bunyi, corak persembahan dan gambar-gambar yang berwarna-warni dalam persembahan powerpoint berbanding dengan pengajaran biasa. Mereka akan berasa seronok apabila menampak animasi-animasi dalam slaid show itu boleh bergerak dan dapat mendengar bunyi yang berbeza-beza. Kaedah pembelajaran juga dapat mewujudkan keadaan yang kondusif semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

PowerPoint* berikut disediakan untuk penambahbaikan. Sekiranya saya ada peluang untuk mengajar sekali lagi, saya akan menggunakan powerpoint berikut sebagai bahan bantu mengajar.

Buluh Pelbagai Guna