BBM & Refleksi

Lagu berikut digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan saya pada makropengajaran tersebut.
Lagu Buluh [*Muzik: Lagu Pengakap - "Angkat Tangan Kanan"]


Pernah kamu fikir apa itu buluh?
Pokok buluh tinggi, tumbuh dengan cepat,
Daun buluh panjang, batang buluh bulat,
Pokok buluh boleh membuat banyak barang.

Pondok buluh cantik, perabot pun sama.
Rakit alat untuk pengangkutan air.
Seruling alat muzik, bubu tangkap ikan,
Buluh pelbagai guna dalam hidup kita.

Alat dalam dapur, ada bakul buluh,
Penyebit makanan, serta lidi sate,
Dalam lemang ada beras pulut,
Rebung buluh ialah sayur untuk makan.

Pokok buluh ada banyak kegunaan,
Buluh ada nama pokok pelbagai guna,
Ingatlah semua alat yang sebut tadi,
Inilah pembelajaran kita hari ini.


[dihasilkan oleh Teh Kee Kee, berdasarkan buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2, Unit ke-12, Buluh Pelbagai Guna]
*Muzik Lagu Pengakap - "Angkat Tangan Kanan" merupakan muzik untuk nyanyi lagu yang saya hasilkan.  Paparan video berikut hanya untuk mengetahui melody sahaja, saya tidak mengajar lagu dalam video ini.




Gambar-gambar berikut digunakan dalam pengajaran saya. Saya telah mencetak gambar-gambar berikut sebagai bahan bantu mengajar.
Gambar buluh


Gambar barang buatan buluh
Pondok

Perabot

Seruling


Penyebit Makanan

Bakul

Bubu

Rakit


Lidi sate

Lemang



Refleksi
Penggunaan bahan bantu mengajar perlu berkaitan dengan isi pengajaran guru. Sekiranya guru dapat memilih bahan bantu mengajar yang baik, memang boleh membantu guru mengajar dengan berkesan. Saya berasa bahan bantu mengajar yang saya pilih untuk makropengajaran saya adalah sesuai dan berkesan, khasnya gambar barang buatan buluh. Hal ini disebabkan murid-murid sukar menganggap sesuatu sekiranya mereka tidak pernah melihatnya, gambar yang sediakan membolehkan mereka mengetahui barang yang diperbuat daripada buluh. Kelemahan saya dalam memilih bahan bantu mengajar ialah "Lagu Buluh" yang saya hasilkan adalah panjang bagi murid Tahun 2, sekiranya lagu itu dua perenggan adalah sesuai. Untuk menambahbaikannya, saya akan cuba menggunakan Power Point untuk membina bahan bantu mengajar saya. Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik perhatian murid. Di samping itu, penggunaan teknologi maklumat juga dapat membantu saya mengurangkan kos perbelanjaan. Untuk membuat persediaan bagi penggunan teknologi maklumat, saya telah cuba menghasilkan satu Power Point yang berkenaan dengan makropengajaran saya. Pengalaman membina Power Point tersebut memberikan saya idea untuk membina Power Point yang berkenaan dengan pengajaran pada masa hadapan dan bagaimana merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan penggunaan teknologi maklumat.