Sains [Refleksi]

Saya mengajar mata pelajaran Sains selama empat tahun di SJK(C) Chong Hwa Senggarang. Tahun ini saya mengajar Sains Tahun 3 Merah. Setiap minggu, saya berjumpa dengan murid Tahun 3 Merah selama 6 waktu mengajar untuk mata pelajaran ini. Sebanyak 32 orang dalam kelas tersebut, antaranya ada 23 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Mata pelajaran tersebut merupakan mata pelajaran PPSMI, saya perlu mengajarnya dengan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Hal ini merupakan masalah utama saya semasa mengajar mata pelajaran tersebut kerana saya ialah guru bukan opsyen dan mengajar dalam Bahasa Inggeris bukan kekuatan saya. Ini juga sebab saya menulis refleksi ini dalam Bahasa Malaysia dan bukan dalam Bahasa Inggeris.
Sepanjang tahun ini, saya mendapati mata pelajaran Sains merupakan satu mata pelajaran yang disukai oleh murid Tahun 3 Merah. Hal ini disebabkan oleh mata pelajaran Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Mata pelajaran Sains Tahun 3 merupakan satu mata pelajaran yang berkaitan rapat dengan kehidupan harian, murid-murid dapat mengenal pasti ciri-ciri luaran haiwan atau tumbuhan dan cara membuat kumpulan untuk memisahkan mereka. Murid-murid juga akan belajar pengetahuan tentang magnet, elektrik,spring, penyerapan, tanah dan bahan-bahan percampuran. Refleksi ini akan ditulis berdasarkan setiap topik yang ada pada sukatan mata pelajaran tersebut.


Haiwan
Mengenal pasti ciri-ciri luaran tentang haiwan dan memisahkan haiwan dalam kumpulan mengikut ciri-ciri luarannya merupakan objektif pengajaran topik ini. Dalam topik ini, saya memperkenalkan ciri-ciri luaran haiwan dengan menggunakan kad gambar. Melalui pengajaran topik ini, saya mendapati murid-murid tertarik kepada gambar-gambar yang berwarna-warni. Penggunaan kad gambar membantu mengajar dengan lebih mudah. Masalah mengajar yang saya hadapi pada topik ini ialah murid-murid sukar mengingati nama ciri-ciri luaran haiwan dalam bahasa Inggeris. Untuk membantu mereka mengingatkannya, saya menyediakan satu sudut bacaan untuk Sains di dalam kelas tersebut. Saya memaparkan gambar ciri-ciri luaran dan perkataan dalam bahasa Inggeris. Saya meminta murid menghafal nama ciri-ciri luaran haiwan dan bersedia menjawab soalan saya yang berkenaan dengannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka sangat suka menjawab soalan saya kerana saya akan memberi stiker kartun sebagai ganjaran.


Tumbuhan
Objektif pengajaran ini ialah mengenal pasti ciri-ciri luaran tentang tumbuhan dan memisahkan tumbuhan dalam kumpulan mengikut ciri-ciri luarannya. Dalam topik ini, saya memperkenalkan ciri-ciri luaran tumbuhan dengan menggunakan bahan sebenar. Saya membawa sebuah Balsamine masuk ke kelas dan menunjukkan mereka ciri-ciri luaran tumbuhan. Murid-murid berminat untuk belajar semasa melihat barang sebenar. Selain itu, saya juga membawa mereka keluar dari kelas dan mencari tumbuhan di dalam sekolah. Cara ini sangat menarik perhatian mereka terhadap pengajaran saya pada hari itu. Walaupun ada sedikit masalah disiplin berlaku semasa membawa mereka keluar dari kelas, tetapi mencari tumbuhan dalam sekolah merupakan satu cara mengajar yang baik. Saya juga menghadapi masalah yang sama semasa mengajar nama ciri-ciri luaran tumbuhan dalam bahasa Inggeris. Namun, masalah tersebut diatasi dengan tindakan yang sama semasa saya mengajar topik sebelumnya. Hal ini menjadi satu adat semasa saya mengajar dalam kelas ini, iaitu memberi stiker kartun sebagai ganjaran semasa murid dapat menjawab soalan saya. Walaupun balanja kos untuk membeli stiker kartun, tetapi ganjaran yang saya beri memang meningkatkan keinginan belajar dalam kalangan murid Tahun 3.


Magnet
Objektif topik ini ialah:
  1. magnet boleh menarik atau menolak di antara satu lain
  2. keperluan untuk mengendalikan magnet dengan betul
  3. magnet menarik beberapa bahan-bahan
  4. magnet telah strenghts berbeza
  5. penggunaan yang berbeza daripada magnet
Dalam pengajaran topik ini, saya mendapati bahawa penggunaan bahan sebenar merupakan cara mengajar yang paling sesuai dalam mata pelajaran Sains. Murid-murid amat suka magnet yang saya bawa masuk ke kelas. Selain itu, mereka juga dapat membuat amali yang berkaitan dengan menggunakan magnet sebenar. Masalah mengajar topik ini berkaitan dengan disiplin murid semasa membuat amali. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya sediakan satu sistem pemarkahan untuk mereka dalam kumpulan, iaitu markah akan diberi dari keseluruhan prestasi mereka semasa menjalankan amali dan juga disiplin mereka. Selepas mengadakan sistem tersebut untuk aktiviti kumpulan, disiplin mereka terkawal dan kurang menimbulkan masalah semasa menjalankan amali lain.


Elektrik
Objektif topik ini ialah:
  1. bagaimana untuk membuat mentol dalam litar cerah dan pemalap
  2. mengenal pasti bahan-bahan mengalirkan elektrik
  3. suis digunakan untuk melengkapkan litar
Pengajaran Sains memerlukan bahan sebenar untuk membantu murid mendapati ilmu pengetahuan yang berkaitan. Murid-murid diberi peluang membina litar elektrik dalam bentuk kumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran topik ini. Saya memberikan bahan-bahan yang tidak sama untuk setiap kumpulan, ada kumpulan yang mendapat bateri yang banyak dan bateri yang kurang dan juga ada kumpulan mendapat mentol yang banyak atau mentol yang kurang. Cara ini bertujuan meningkatkan perhatian murid terhadap litar elektrik yang dibina oleh mereka. Berdasarkan cara tersebut, murid-murid dapat mengetahui bahawa bagaimana membuat mentol dalam litar cerah dan pemalap. Mereka menunjukkan rasa ingin tahu bagaimana kejadian hal-hal tersebut. Di samping itu, saya juga menyediakan litar elektrik bagi kumpulan murid untuk menguji bahan-bahan mengalirkan elektrik dan mengetahui kegunaan suis. Pengajaran saya pada topik tersebut berjaya kerana menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan oleh pihak sekolah.


Spring
Objektif topik ini ialah:
  1. spring akan kembali ke saiz asal
  2. regangan spring berbeza
  3. penggunaan spring
Saya menggunakan aktiviti membuat spring sebagai set induksi untuk pengajaran topik ini. Murid-murid dibekalkan dawai besi yang lembut untuk membuat spring dan spring itu digunakan untuk menguji sama ada spring akan kembali ke saiz asal atau tidak selepas dibengkok, dipintal, diregangkan dan dihimpit. Hal ini bertujuan memberitahu murid-murid bahawa kembali ke saiz asal merupakan sifat spring. Selain itu, saya juga menyediakan beberapa jenis spring untuk mereka menjalankan amali yang berkaitan dengan regangan spring. Melalui pemerhatian saya terhadap murid Tahun 3 Merah, mereka sangat suka akan pengajaran penggunaan spring. Hal ini disebabkan mereka dapat menghasilkan satu barang hiasan kereta dengan menggunakan spring. Selepas pengajaran tersebut, mereka hendak membawa balik barang tersebut dan enggan meletakkannya di sekolah selepas pengajaran.


Penyerapan
Objektif topik ini ialah:
  1. mengenal pasti bahan yang boleh menyerap air
  2. beberapa bahan yang boleh menyerap air yang lebih daripada orang lain
  3. penggunaan keupayaan bahan-bahan untuk menyerap air
Pengajaran topik ini dijalankan di bilik Sains dan bukan dalam kelas biasa. Hal ini kerana amali yang berkenaan memerlukan air yang banyak dan penggunaan air mungkin mengotorkan kelas. Masalah mengajar yang saya hadapi dalam topik ini ialah bagaimana membimbing murid menjalankan amali dengan adil. Hal ini disebabkan oleh penggunaan bahan semasa menjalankan amali untuk menyerap air yang murid sediakan adalah dalam saiz yang berlainan. Misalnya, surat khabar dan kertas A4, yang mana boleh menyerap air yang lebih banyak. Sekiranya menjalankan amali tersebut dengan menggunakan saiz kertas yang berlainan, mungkin hasilnya bukan hasil yang kita tahu. Maka, adanya keperluan memberi penjelasan kepada murid tentang kepentingan menggunakan bahan dalam saiz yang sama semasa menjalankan amali.


Tanah
Objektif topik ini ialah:
  1. tanah terdiri daripada apa
  2. aliran air melalui jenis tanah
  3. tanah tertentu adalah lebih sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan 
Topik ini berkaitan rapat dengan bumi kita. Saya tahu set induksi adalah sangat penting untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk meningkatkan perasaan ingin tahu murid tentang topik ini, sebelum proses P&P dijalankan, saya meminta murid membawa tanah dari rumah mereka untuk membuat amali dengan menggunakan botol air mineral. Amali yang dijalankan ialah memasukkan air ke dalam botol yang mengandungi tanah itu dan goncangkannya. Selepas letaknya 5 minit, membuat pemerhatian kepada botol tersebut. Murid-murid menunjukkan perasaan ingin tahu semasa mereka mendapati bahawa keadaan dalam botol mereka adalah berbeza dengan orang lain(sebelum ini, mereka memberi jawapan kepada soalan saya bahawa semua tanah adalah sama). Seterusnya saya baru memperkenalkan apa itu tanah dan tanah terdiri daripada apa. Aktiviti P&P tersebut sangat berjaya dan selepasnya, murid dapat membezakan jenis tanah mengikut ciri-cirinya. Melalui aktiviti tersebut, saya berjaya menambah rasa ingin tahu pada murid-murid tentang tanah. Hal ini memudahkan saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.


Bahan-bahan percampuran
Objektif topik ini ialah:
  1. bahan yang berbeza mempunyai sifat yang berbeza
  2. sesetengah bahan tidak selamat dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati
  3. campuran bahan-bahan boleh dipisahkan
Pada permulaan, saya membuat perjelasan kepada murid tentang bahan yang berbeza mempunyai sifat yang berbeza. Namun, semasa saya minta mereka menjelaskan sifat garam, mereka tidak dapat memberi jawapan yang wajar. Untuk mengatasi masalah pengetahuan mereka tentang sifat bahan, saya menggunakan aktiviti pemerhatian. Melalui pengajaran tersebut, saya mengetahui bahawa aktiviti pemerhatian merupakan aktiviti yang sesuai dijalankan untuk memerhati sifat bahan. Hal ini dibuktikan dengan pelaksanaan aktiviti tersebut semasa prose pengajaran dan pembelajaran topik ini. Murid-murid diberi peluang membuat pemerhatian melalui aktiviti melihat, menyentuh, menghisap dan merasa. Aktiviti-aktiviti tersebut mengambil masa yang banyak, tetapi memudahkan murid mengetahui sifat bahan yang berbeza. Selepas aktiviti pemerhatian, murid dapat menjelaskan sifat bahan yang saya tunjukkan dengan jawapan yang sesuai. Selain itu, saya menggunakan aktiviti melukis dan mewarna untuk memperkenalkan tanda bahan tidak selamat. Saya juga meminta murid mencari barang yang ada tanda tidak selamat dan menyenaraikannya.
Campuran bahan-bahan boleh dipisahkan merupakan satu sub-topik yang merangkumi kebanyakan pengetahuan murid terhadap mata pelajaran Sains pada Tahap 1. Hal ini disebabkan oleh cara yang digunakan untuk memisahkan campuran bahan-bahan adalah berlainan dan berbeza mengikut bahan-bahan yang dicampur. Misalnya, campuran klip kertas dengan pasir, kita boleh menggunakan penayak ataupun magnet untuk memisahkannya, tetapi mana satu yang lebih sesuai dan mudah. Seperkara lagi, campuran bola plastik kecil dengan guli, mengapa kita boleh memisahkannya dengan air. Hal-hal tersebut meminta murid mempunyai pengetahuan asas tentang sifat bahan dan juga cara berfikir yang munasabah.




Maklumat berikut ialah Huraian Sukatan Sains Tahun 3 yang saya dapati dari internet.
http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/sains/kbsr/hsp_sc_y3.pdf