Thursday, November 10, 2011

Pengenalan

Pembangunan Blog merupakan Tugasan 1C dalam KRT 3013 - Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Tugasan ini meminta pelajar PJJ UPSI membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia secara individu. Hal ini merupakan satu cabaran yang besar bagi saya kerana saya tidak pernah membina apa-apa blog sebelum ini. Nasib baik pihak UPSI telah menyediakan manual untuk membantu pelajar PJJ membina blog. Dengan mengikut satu langkah demi satu langkah dalam manual tersebut, saya berjaya membina satu blog pada permulaan. Di sini saya ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada pihak UPSI kerana menyediakan manual itu.

Topik pengajaran yang saya pilih untuk membina blog ini ialah mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 2. Blog ini dibina berdasarkan makropengajaran yang saya jalankan terhadap murid Tahun 2 Merah. Dalam blog ini, saya masukkan Rancangan Pengajaran Harian bagi makropengajaran tersebut dan refleksinya. Bahan bantu mengajar yang saya gunakan juga dipaparkan dalam blog ini.

Pada tahun 2011, saya mengajar 3 mata pelajaran di SJK(C) Chong Hwa Senggarang, iaitu Bahasa Malaysia Tahun 2, Bahasa Cina Tahun 1 dan Sains Tahun 3.  Refleksi terhadap ketiga-tiga mata pelajaran tersebut juga disediakan dalam blog ini. Semoga blog ini dapat memenuhi syarat pensyarah. Sekian, terima kasih!